Aktivis SADIA (Sarawak Dayak Iban Association) ditahan reman selama 7 hari..
25 Januari 2013
Sebutan Kes NCR Melikin,Di Makhamah Serian...
Perjuangan rakyat Sarawak untuk melawan Kezaliman..
Diatas kertas,siri terbaru kebangkitan khususnya pnduduk asal Sarawak seakan memberi sinar baru..Gelombang penolakan kaum Cina terhadap penguasa seolah2 tlh merebak kepada kaum majoriti...Lupakan tentang entiti melayu kerana pada aku,melayu Swk xkan berubah sekurang2 nya buat masa ini..Itu HAKIKAT dan USAH PERTIKAIKAN..Namun,sejauh mana keberkesanan penentangan ini terhadap jatuh bangun penguasa sedia ada??
Kebangkitan Kaum majoriti..
Iban dan Dayak Sarawak tlh bangun menentang..Itu hakikat..Keberkesanan Radio Free Sarawak(RFS) serta peranan SADIA cukup hebat..Hakikat itu boleh di lihat berdasarkan tekanan yang mula di terima oleh aktivis SADIA serta laporan polis terhadap RFS..Namun,pada aku,penentangan ini tidak membawa sebarang makna khususnya dalam usaha utk menjatuhkan rejim Taib Mahmud..Hal ini kerana strategi serta halatuju perjuangan bukan menjurus kepada MENJATUHKAN REGIM tetapi sekadar mengembalikan hak penduduk asal..Buktinya,hampir keseluruhan kes2 makhamah hanya melibatkan penduduk asal dan pemaju..Dan kerajaan negeri bukan pemaju!!!!
Kesilapan...
Kesilapan strategi telah mengurangkan impak terhadap kerajaan negeri...Pengalaman aku sewaktu bersama penduduk Melikin ketika kemuncak penentangan amat mengecewakan..Rata-rata penduduk yang terlibat TIDAK bercakap tentang punca masalah tetapi bercerita tentang kerakusan pemaju..disini,amat jelas bahawa TAIB MAHMUD terselamat..Kezaliman kerajaan negeri yang meluluskan pencerobohan tanah telah di abaikan..Kesilapan ini membawa kpd ketidakpedulian masyrakat lain khususnya melayu utk turut serta dlm penentangan...Kesempatan yang terbuka luas gagal di gunakan utk menarik sokongan..Pada akhirnya,mereka yang bangun melawan akan kembali kepada kerajaan negeri apabila tanah mereka di kembalikan setelah menang di makhamah..
p/s : Seorang rakan dari seberang telah menyatakan kegembiraan beliau terhadap kebangkitan anak Sarawak..harapan beliau adalah utk melihat kejatuhan penguasa selepas PRU kali ini..aku harap beliau tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi..selagi PR tidak mengambil kesempatan,selagi itu Swk akan kekal sebagai kubu kuat penguasa zalim...Dan aku mengulangi pendapat aku bahawa PR swk gagal!!!
No comments:
Post a Comment